TAHUKAH ANDA PERBEZAAN DIANTARA PARFUM, E.D.P & E.D.T???
Ya ramai yang masih tertanya-tanya apakah perbezaan mereka. Mari kita lihat perbezaan mereka:
2. E.D.P - Adalah haruman yang memiliki kepekatan pati wangian sebanyak 15-20% yang bermaksud, campuran pati 3 kali ganda bekurangan berbanding dengan parfum. Kebanyakan perfume yang menggunakan E.D.P kebiasaannya akan menyatakan E.D.P perfume mampu bertahan sehingga 8 jam. Bergantung kepada penggemar perfume, ada diantara mereka yang gemar dengan E.D.P kerana harganya yang lebih rendah berbanding dengan Parfum. Pengguna E.D.P yang bekerja didalam pejabat kebiasaanya ketahanan wangian boleh melebihi 8 jam kerana suasana tempat kerja yang berhawa dingin mengekalkan lagi haruman. Berbanding dengan mereka yang bekerja di luar pejabat, ketahanan wangian mereka hanya mampu bertahan sehingga 8 jam atau kurang dari itu kerana mereka yang bekerja di luar pejabat lebih terdedah kepada cuaca panas dan faktor itu menyebabkan haruman tidak dapat bertahan lama.
3. E.D.T - Adalah haruman yang memiliki kepekatan pati wangian sebanyak 5-15% yang bermaksud, campuran pati hanya sedikit, selebihnya adalah campuran alkohol dan bahan-bahan campuran lain. Dari segi ketahanan pula E.D.T hanya mampu bertahan sehingga 3 jam bergantung kepada si pemakai dan faktor sekeliling. Kebiasaannya pengguna E.D.T sesuai pada mereka yang bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Kurang sesuai digunakan di luar pejabat kerana ketahanan haruman akan lebih cepat terhapus kerana kekurangan pati haruman menyebabkan ia tidak diserap dengan baik pada pakaian.
4. Cologne - Adalah haruman yang memiliki kepekatan pati wangian sebanyak 2-4% yang bermaksud, campuran pati memang sedikit selebihnya adalah campuran alkohol dan lain-lain. Kebiasaanya cologne digunakan untuk mendapatkan haruman segar selepas mandi kerana ketahanan cologne hanyalah sehingga 2 jam. Kebanyakan cologne biasanya digunakan oleh si pemakai pada waktu malam untuk mendapatkan haruman segar dan tenang.
No comments:
Post a Comment